About Me

My photo
kadang-kadang prosopagnosia.

Friday 4 October 2013

#random20




"kenapa ko nangis?'' soal ferdoushia.

"aku baru lepas call mak aku. rindu weh!" jawab Adilah.

"tiap hari ke mak ko call?" soalnya lagi.

''aah.''

''abis, tiap hari gak ko nangis?''

''eh, tak la. depends.''

''depends on what?''

''depends dengan situasi. kadang kadang bila mak aku bagi nasihat macam macam, aku rasa sebak, sebab waktu mak aku bagi nasihat tu automatik terbayang pengorbanan mak aku. aku kan orang biasa, maksud aku, tak kaya tak miskin tapi aku takda ayah. hundred percent mak aku yang jaga aku adik beradik. jadi bila fikir fikir balik, kalau ko seorang anak yang normal, ko akan insaf bila terkenang pengorbanan mak ko.''

''mak ko kerja jual kuih ke?''

''eh, tak. biasa mesti orang ingat kalau cerita cerita xde ayah mesti mak jual kuih. mak aku kerja government. alaaa, nurse. tapi mak aku tak pernah naik pangkat. sebab mak aku cakap kalau nak naik pangkat mesti kena pegi kursus. mak aku tak nak tinggalkan aku ngan adik beradik kat rumah. mak aku mesti susah hati.''

''ooo..'' mulut ferdoushia ingin bertanya lagi, tapi terkunci rapat. takut menyinggung perasaan sahabatnya.

''kerja jururawat, gaji tak la besar sangat. tapi bila ko tengok, dengan duit gaji tu je la mak aku bagi kitorang makan, duit belanja sekolah, duit yuran, duit beli baju, beli itu beli ini, bayar bil itu, bayar bil ini. lagi lagi dengan harga barang yang tak pernah tentu, kadang naik kadang murah. mak aku tak pernah merungut. ko tau tak, waktu aku sekolah rendah, mak aku mesti sentiasa pastikan peralatan, buku semua mesti lengkap. kasut aku sentiasa bersih. baju aku takda yang koyak. duit belanja aku mesti cukup. orang fikir aku anak orang kaya, tapi semua tu duit mak aku seorang. mak aku seorang.''

nafas panjang dihela oleh Adila.

''mak aku tk pernah kurang setitik pun dia tak bagi kasih sayang kat kitorang adik beradik. tau tak, dulu memula aku nak masuk universiti, mak aku yang paling excited, tapi aku tak. aku takut nak tinggalkan mak aku sorang sorang. walaupun ada adik adik aku yang lain, tapi aku rasa macam itu dah tanggungjawab aku nak jaga mak aku."

Adila diam. mungkin cuba mencari kekuatan di sudut sudut buku yang banyak di perpustakaan ini.

''mak aku tak pandai baca al quraan, kalau dia solat, mak aku hafal surah. surah yang pendek pendek je. bila aku masuk uni, mak aku mintak tolong aku tuliskan surah yaasin ke dalam tulisan rumi sebab apa? sebab mak aku cakap, dia nak hari hari baca yasin untuk aku supaya pelajaran aku dipermudahkan, kalau doa je lepas solat mak aku cakap tak cukup untuk aku. ko tau tak betapa sakitnya hati aku waktu tu? aku rasa macam loser sangat, aku dah besar, dah boleh fikir, patut aku la yang doa untuk mak aku, doa kesihatan dia doa kesenangan dia, kesejahteraan dia. sebab tu tiap kali mak aku call, aku pastikan mak aku sentiasa happy lepas call dengan aku. kadang kadang aku sengaja tahan sebak, lepas call mak aku baru aku nangis. aku tak nak mak aku susah hati. rasa macam dah dosa besar gila buat dia susah hati.''

bergenang air mata Adila, mungkin menahan sebak di dada.

"aku takde mak, mak aku meninggal waktu aku sekolah rendah.'' tiba tiba ferdoushia berkata.

"shia.." pantas Adila memeluk ferdoushia. ternyata mereka merasa satu perasaan yang sama ketika itu.

"hem?" ferdoushia memandang ikhlas pada sahabatnya itu.

''kau takde mak kat dunia, tapi jangan buat mak ko tertunggu tunggu doa dari kau kat alam sana.''

ferdoushia tersentap lalu mengangguk faham. hutangnya pada bonda, takkan pernah terlangsai, seribu urat ibunya putus ketika melahirkannya, tetapi dia? tiada seurat kecil pun yang tegang di perlukan untuk mendoakan bondanya.

'maafkan shia bonda, shia lupa bonda menunggu shia.'

No comments:

Post a Comment

tulisan jawi rumi abc dan alif ba ta adalah milik cureheart