About Me

My photo
kadang-kadang prosopagnosia.

Friday 4 October 2013

#random19




''abang, kenapa buat macam tu? nasib baik lah calon calon yang abang nak kenal kan tu semuanya sporting. tak da yang terguri hati. abang selalu pesan, sebelum buat sesuatu, kena fikir dulu. tapi cara abang ne macam tak pernah berfikir dulu.'' Idraki membuntut abang dari belakang menaiki tangga.

''Idraki, benda yang kita buat, memang kita kena fikir dulu. tapi kadang kadang keputusan yang last minute tu yang akan selamatkan kita. memang abang nak jodohkan, tapi macam yang abang cakap tadi, abang tak nak abang yang tentukan.'' Firas cuba memberi penjelasan.

''yalah bang, kalau itu pilihan abang, kami menurut saja. asalkan adik kita tu bahagia. Idraki nak ambil barang kejap, lepas ni turun balik. masih banyak lagi tetamu. abang?" soal Idraki.

''nanti abang turun, penat. pening sebab kena hujan lepas pasang kem semalam kot."

Idraki mengangguk tanda faham.

Firas melihat jauh di balcony rumah mereka. kelihatan Ferdoushia dan adik adiknya yang lain galak melayan tetamu yang hadir. alasannya hendak ke bilik, kerana penat semalaman menyiapkan khemah. walhal bukan itu yang di rasainya. ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

Dr. Affina Ardini Binti Hassan.

tiga bulan lalu, gadis bernama Ardini itu di temuinya di majlis kenduri cik Biah. anehnya, dia memakai kain sarong dan tdi pagi, gadis Ardini itu rupanya seorang doctor di hospital berhampiran pejabatnya. hospital swasta. fikirannya, gadis itu masih belajar. apa tidak, muka sebaya ferdoushia, cuma nampak matang dari adiknya.

'aduh, mahu kah dia lelaki bujang terlajak seperti aku?'

'hoi Firas, belum sampai 40 tahun, maknanya kau masih bujang hot hot hot! apahal ko nervous semacam? ntah ntah doctor tu dah kawin. biasanya doctor ne jodoh di tentukan oleh ibu bapa. al maklum la, doctor kan busy. hahaha!'

'amboi, hati! cepat pulak ko hancurkan harapan aku ya.'

'huh, tapi benar kah Ardini dah kawin? kalau betul, naknya aku yang makan resperidone Ferdoushia 3 papan sekali gus! tapi kalau dah jumpa dua kali biasanya itu di panggil jodoh kan?'

'hei, jangan lupa. jodoh tu tak semestinya jodoh jadi bini. mana tau sekadar jodoh berjumpa saja. hahahahah!'

'ahh!! pemusnah harapan! benci gila aku dengan kau! shuh! kan ke sepatutnya kau bagi aku semangat, bukan nak lumpuhkan semangat aku.'

hampir gila rasanya firas bermonolog dengan diri sendiri. perang monolog yang akan terjadi sampai bila bila kalau dia tak cari kebenaran.

'hm.. agak agak cik Biah dah balik ke belum ya? dah dekat nak maghrib ne.' katanya lagi seorang diri.

'Firas, rasanya cik Biah dah balik.' cantas kata hatinya.

'ah, kau diam!' Firas mematikan perang diri sendiri. segera dia turun kembali ke bawah mencari kelibat cik Biah di dapur. berdoa agar Dr. Affina Ardina itu mampu merawat perutnya yang ligat membawa rama rama sejak dari pagi lg.

No comments:

Post a Comment

tulisan jawi rumi abc dan alif ba ta adalah milik cureheart