About Me

My photo
kadang-kadang prosopagnosia.

Friday 4 October 2013

#rndom21



"air pantai dia kabut. adhwa dah gila ka sampai bawa shia ke pantai ne? xda faedah adhwa." kata ferdoshia.

"err.. shia.. sorry, maaf la. ne ja satu-satunya pantai yang adhwa tahu kat sini." adhwa menjawab dengan rasa bersalah. macam kera busuk tengok muka adhwa itu.

ehem! muka anak teruna orang tu shia, jangan ditenung lama-lama. bawa berisitghfar!
cantas hati kecilnya.

"ehm.. adhwa, bagi kunci kereta dengan shia. shia tunjukkan mana satu pantai yang bersih dan layak mandi laut okeh?"

"tapi shia boleh drive ke?" adhwa ternyata ragu dengan kebolehan ferdoushia.

"heh, see the leg la adhwa. shia dah bawa 4x4, takkan myvi tak boleh? lori pun boleh tau!"

"amboi! bangga nampak."

ferdoushia tersengih.

kunci kereta myvi extreme pantas bertukar tangan. ferdoushia duduk di kerusi pemandu, manakalah adhwa duduk di kerusi kiri pemandu. arraf fayyih pula sibuk bermain dengan patung ultramannya di kerusi belakang. petah pula arraf fayyih bertanya pada ferdoushia.

"mak ngah, kita dah sampai?"

"belum la sayang. pak ngah sesat bila drive tadi. kali ne biar mak ngah yang drive ke jalan yang benar ya. hihihi." tangan putih shia mencubit pipi anak kecil itu.

"wah, pak ngah sesat ya, yelah.. pak ngah bukan tahu drive.. biar la mak ngah bawak ye.." ada nada rajuk adhwa di situ. namun, ada senyuman di pipinya melihat gelagat ferdoushia bersama anak buahnya itu.

"lets go, we start the real journey to the real beach with bismillah. hihihi."

ferdoushia, duduk di tepi pantai. membiarkan seluar tracksuitnya basah di pukul ombak kecil. pantai ini lah yang dia bawa dan tunjukkan pada muhammad adhwa. tangannya terbenam di pasir-pasir. leka matanya mengalirkan air mata lagi.

sampai bila begini ferdoushia..

sampai bila-bila lah hati..

ternyata ada kelibat bayang-bayang di kanan ferdoushia..rambut pada bayang-bayang itu seperti rambut adhwa. pantas shia memaling ke kanan, menyelak tudungnya yang ditiup angin.

"adhwa!" ferdoushia menjerit.

"hai shia." adhwa tersenyum memandang shia dengan bersahaja. seperti dulu, tangan adhwa tetap berada dalam koceknya. tenang.


"kenapa seorang? tak bawa teman? jangan main air laut lama sangat, nanti shia sakit. air laut dengan shia tak kamceng. ingat lagi kita mandi laut dengan arraf hari tu? tiga hari shia demam. nanti la ke pantai. jangan duduk di sini." adhwa berdiri di sisi shia yang tidak berkelip memandang adhwa dengan penuh kerinduan.

"adhwa, adhwa ke mana? rindunya shia dengan adhwa. sesukahatinya adhwa menghilang. tinggalkan shia."

"shia, adhwa nak pesan. jangan rosakkan diri sendiri untuk benda yang sia-sia. adhwa tak ada shia. adhwa dah pergi. adhwa susah hati kalau shia begini tahu tak? adhwa nak shia hidup seperti ferdoushia yang dulu. boleh?"

ferdoushia menggeleng dengan kuat.

"shia, nak adhwa."

"shia, redha itu bukan terletak pada menafikan realiti. redha itu maksudnya merelakan hati menerima semuanya. manusia tidak sepentingkan diri seperti itu."

"adhwa, shia tak mahu redha. shia memang manusia yang selfsih. tolong faham. boleh?" rayu ferdoushia. matanya rancak mengalirkan air mata.

"maafkan adhwa shia, apa-apa yang terjadi, biarlah terjadi. demi kasih sayang shia pada adhwa, redhakan lah pemergian adhwa ini. demi kasih adhwa pada shia, kenangan-kenangan kita itu semua biar jadi sumber kekuatan. bukan sebagai alasan untuk shia menjadi lemah. kasih kita mungkin tak bersatu, tapi ingat, perancangan Ilahi itu rahsia. rahsia itu istimewa ferdoushia. mulakan redha itu dengan nama Allah."

pasir-pasir masuk ke celah-celah jari ferdoushia. lembut. ternyata sinaran cahaya kuning matahari ingin membenamkan dirinya ufuk, menyedarkan shia. maghrib hampir menjelma.

"dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha mengetahui, dengan izinNya, adhwa yakin shia akan redha melepaskan muhammad adhwa rizqi." suara adhwa memecah sunyi di telinga adhwa.

kali ini ferdoushia tidak menunggu adhwa lagi sehingga hilang, tetapi ferdoushia bangun dengan langkah kaki yang lemah, tangan kirinya memegang jam tangan swatch arwah muhammad adhwa. manakala, tangan kanannya mencapai beg adidasnya di pasir kering. berpaling ke belakang, memandang matahari yang terbenam, mulutnya mengukir senyuman,

kerana kasih sayangNya, kau kembali adhwa. kerana kasih sayangNya juga aq belajar redha.

sampai bila-bila aku sayang kau, adhwa.

No comments:

Post a Comment

tulisan jawi rumi abc dan alif ba ta adalah milik cureheart