About Me

My photo
kadang-kadang prosopagnosia.

Friday 4 October 2013

#random18




'siapa tu? syed asyraff? awang ku pangeran mumtaz? nik kamaruzzaman? amboi! ini calon menantu arwah bonda? lain benar calon calon abang abang shia ni. kalau bonda masih ada, mahunya bonda gelak 3 bulan ni. mana tak nya, yang syed ada, pangeran ada, yang takda cuma calon menantu dari korea. yang ne stok stok padang pasir, tak pun stok makan belacan tiap minggu. melayu tulen gamaknya. hahahaha!'

shia gelak dalam hati, namun bibirnya masih mengesot kiri ke kanan menahan tawa yang hampir terletus.

memang calon calon beriman semua ni. pak imam pak ustaz semua ada. ya Allah, semoga iman mereka ada di dalam, bukan pada nama saja. ferdoushia teringat pada satu nota yang tertinggal di dalam buku muhammad ahza. lelaki itu bukan ustaz, bukan juga imam. bahkan jauh personalitinya berbanding aqil fahmi si romeo kelas satu itu.' tulisan bersambung, itu bermain di otaknya..

'ferdoushia.. anehnya hati mu. kau bukan yang ku temui di taman minggu lepas, minggu lepas, kau hampir gila ku lihat. apa yang membuat mu jadi seperti ini? seperti tiada apa yang berlaku, tapi apa pula yang membuat mu gila sebelum ini? anehnya kamu ferdoushia. kamu tertelan air hujan mungkin sehingga bahan kimia yang ada pada air hujan itu merubah sistem badan mu. mungkin juga bahan kimia itu chlorine sehingga membersihkan sekali gus personality mu. hahaha! tapi kamu tetap comel dipandangan ku.'

''shiaaaaaaa!'' abang firasnya memanggil mematikan lamunannya.

''ye bang! shia datang!'' menjawab laungan itu dari dapur basah mereka. sedang shia ketika it mengintai calon calon abangnya. hehe!

''shia, duduk sini. Raqilla memupuk kerusi di sebelahnya.

''abang Firas da benda nak cakap.'' Yumni pula bersuara.

''ehem, ini adik saya. ferdoushia namanya.''

shia tersenyum sopan melihat calon abangnya itu. alahai abang! shia tak tahan nak gelak.

''assalamualaikum..'' serentak calon calon abangny memberi salam.

shia hanya menjawab dalam hati, waalaikumsalam.

''saya sebenarnya niat nak kenalkan kamu semua dengan adik saya. tapi dalam perjalanan sebelum sampai rumah. saya rasa macam menyesal pula carikan dia calon suami. saya nak dia yang pilih sendiri. maaf lah, kalau saya menyusahkan semua, tapi saya rasa dah tak ada urusan lagi di sini. maafkan saya dengan keputusan mendadak ni. tapi saya tak nak aturkan jodoh untuk dia.''

seisi rumah itu terdiam, terkelu agaknya. apa lagi dengan abang abangnya yang lain. terkesima sebentar mendengar apa yang abang sulung mereka katakan.

'abang aku sah buat lawak ni, sukahati bawak calon menantu untuk adik shia, alih alih suruh mereka balik. haih! tak pernah di buat orang ni.' keluh hati Raqilla.

''abang buat apa ni?'' Aathif yang jelas kekeliruan itu.

'abang suka buat gempak, boleh pulak tarik perahu yang dah terlajak. slumber pulak tu. adoi!' sambungnya dalam hati.

''Aathif, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. semua calon yang abang jemput ni, insyaAllah semuanya baik baik, tapi..''

''habis, abang firas nak cakap yang ferdoushia tak cukup baik??'' pantas Raqilla memotong ayat abangnya.

''bukan Raqilla, tapi, abang mahu jodoh ferdoushia itu seiring dengan hidupnya. di hadapan abang ini, mungkin baik, malah terlalu baik, tapi abang rasa ..''

''abang, yang abang tentukan ini juga di namakan jodoh. walaupun pilihan abang. keputusan abang.''

''ya shia, ini juga di nama kan jodoh, tapi kalau boleh bukan begini cara jodoh shia sampai. biar jodoh itu sampai dari hati di rancang oleh Allah.'' jawab firas.

ferdoushia masih lagi kebingungan.

''saya minta maaf sekali lagi pada kalian, anggap saja hari ini, jemputan sebagai jemputan open house, bukan jemputan lain. saya minta maaf.'' firas berkata sambil tunduk.

pak ustaz yang berseban itu menjawab,

''tidak apa firas, saya faham maksud mu. adik mu permata mu, permata itu bukan di cari kotak baldunya, tapi kotak baldu itu memang khas dibuat untuknya.''

seraya, angguk yang lain tnda menghormati keputusan firas.

''alhamdulillah, sekali lagi saya meminta maaf pda kalian. keputusan saya ini mendadak.'

''marilah kita ke depan, kalau urusan dah selesai, di sana ada makanan telah di sediakan. mari mari.'' jemput Yumni pula cuba mengalih topik pula.

ferdoushia masih termangu. mungkin cuba mencerna apa yang terjadi. sekejap benar rasanya. aneh!

Idraki yang hanya menjadi pemerhati itu menepuk bahu adiknya.

"aik? kecewa? tak sabar nak kawin nampaknya adik abang ni. hahahhahaa!" ferdoushia malu tertawa.

No comments:

Post a Comment

tulisan jawi rumi abc dan alif ba ta adalah milik cureheart