About Me

My photo
kadang-kadang prosopagnosia.

Friday 4 October 2013

#random8



"xnak.. x mahu.. x mungkin.. biar macam ne.."
"pergilah.. jangan sombong.."
"Allah tak suka orang sombong tau.."
pesan abang-abangnya, menuntut dia mengikut usrah di kem itu. pertama kali.

abang.. macam mana ne..

tangan pantas mencapai long sleevenya.. tudung hitam yang tersedia di iron di atas katil di pakai.. seluar tracksuitnya sedia tergantung di capai.. pantas dia berpakaian, tapi hati begitu lambat untuk bertindak..

nak pergi.. tak.. nak ke.. tak?

jam di tangan menunjukkan 5 minit sebelum jam 9.
"adik.. x rugi pergi.." terngiang lagi suara abang Raqilla d telinganya.

lantas lampu bilik ditutup dan pintu di kunci.
sengaja ferdoushia mengenakan tudung hitam kerana tudung-tudungnya bukan ada ciri-ciri tudung labuh yang sepatutnya.

bismillah.. ya Allah permudahkan langkah ku menuju jalan mu..

pintu surau muslimah diketuk..

"assalamualaikum.." dengan senyuman dibibir.. balasan salam dari suara halus beberapa orang muslimah di dalam rumah Allah itu.
"maaf, tumpang tanya.. di sini ke usrah lepas isya' diadakan?" pertanyaannya di susuli dengan senyuman yang ikhlas lagi.
"ya ukhti." jawapan bersahaja oleh salah seorang dari pengunjung surau kecil itu. dingin. dan melihat dirinya dari atas ke bawah..

"terima kasih.." ferdoushia duduk di satu sudut surau muslimah.

melihat di hadapannya, sekumpulan muslimah bercerita.. tersenyum.. tertawa.. semuanya bertudung labuh, berstokin.. berbaju besar dan berlengan panjang.. dan dia?

ferdoushia tertunduk..

shia, ini langkah pertama mu.. kuatkan hati.. jangan lari..

seorang wanita yang agak berumur kiranya masuk ke dalam surau.. memberi salam dengan senyuman dibibir. wanita itu menuju ke sekumpulan muslimah itu. di salamnya, di peluknya dan berlaga pipi tiga kali sesama mereka.
ferdoushia masih lagi duduk memerhatikan sambil tersenyum dengan harapan dia juga disapa. sekumpulan muslimah itu duduk membuat bulatan.. agaknya itu ketua usrah. teka hatinya..

ferdoushia, niat mu mahu ikut usrah.. pergilah menuju ke arah mereka.

ferdoushia bangun tanpa memikirkan apa-apa, lalu berjalan menuju ke arah mereka.

"maaf bertanya, ini usrah yang di iklankan di papanya kenyataan ke?"

"ya ukhti, duduklah. "

seorang muslimah memberi sedikit ruang adanya, membesarkan bulatan yang ada.. ahli yang lain melihatnya dan matanya tertacap pada sarung lengan mereka..
cepat-cepat dia menarik lengan bajunya.. segannya muncul di hati.
sepanjang usrah itu berlangsung selama 1 jam, dia berasa terlalu kekok.. entah bagaimana dia mahu ceritakan.. tapi, kekekokkannya menyebabkan ilmu yang dihidang, tidak masuk ke dalam telinganya.. berasa kekok dengan pandangan ukhti yang lain.. kekok dengan ilmunya yang terlalu cetek tentang islam.. kekok dengan istilah-istilah yang digunakan menyukarkan dia memahami semuanya..

apakah benar langkah ku ini mengikut usrah kekanda-kekanda ku? tolong shia abang-abang ku!

selesai usrah, dia melihat muslimah-muslimah itu, bersalaman dan berlaga pipi.. ferdoushia mengangkat tangannya dengan niat ingin menyalam, tapi pandangan dari mereka, memberatkan tangannya.

"awak mahu tinggal di surau? kami mahu balik ke bilik masing-masing." tanya seorang ukhti bertudung labuh warna kuning cair, salah seorang daripada mereka.

angguk ferdoushia sambil tersenyum..

kumpulan asing itu berlalu meninggalkannya di surau bersendirian..

ferdoushia.. mereka bukan sebahagian darimu..apa benar ini langkah mu ferdoushia?

satu suara di dalam hatinya berkata..

No comments:

Post a Comment

tulisan jawi rumi abc dan alif ba ta adalah milik cureheart