About Me

My photo
kadang-kadang prosopagnosia.

Friday 4 October 2013

#random6



"abang akhiri tazkirah isya' pada hari ni dengan ayat dari Ibnu Qaiyyum, Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt."

dalam fikiran ferdoushia, masih lagi serabut. masih lagi sakit kepala. telekung ungunya yang ditempah sendiri oleh abangnya dilipas kemas. telekung ungu, dengan lace pink di dihujungnya. kalau lah ada mama.. keluh hatinya..

kaki melangkah longlai menuju ke biliknya, membawa sejadah hijau pemberian abangnya ketika abangnya umrah tahun lepas. abang-abang ferdoushia melihat ferdoushia dengan pandangan sayu. hari ini, hari jadi arwah mama.. hari di mana sepatutnya mereka datang ke sekolah ferdoushia kerana dia berjaya dapat nombor satu. hari itu hari anugerah cemerlang SKRR, hari itu adalah hari 8 tahun yang lalu.

"mama.. rindu.. mama.."
ditariknya baby blanket yang ferdoushia ada, satu-satunya yang dia simpan. penghujungnya sudah koyak akibat gigitannya ketika dia meracau setiap kali sebelum tidur.

tok! tok! tok!

"adik?"

pantas ferdoushia mengesat air matanya..

"belum tidur lagi? mahu bedtime story lagi?" soal abangnya sambil membawa segelas milo ditangannya.
"nah minum.. sebelum tidur.. baik untuk perut.." kata abangnya lagi..
ferdoushia melihat jam di meja katilnya.. jam 11.00.. lamanya dia mengelamun!

"kami ingat shia dah tidur awal, sebb shia tak turun bawah tadi. biasanya lepas tazkirah,shia turun tengok tv dengan kami.. shia sakit?" soalan abangnya berbaur risau.
"tak.. shia sihat.. "
"jadi kenapa mata bengkak? shia nangis?"
setahunya shia tak pernah meracau lagi sejak sebulan yang lalu..
ya Allah, lindungi adik ku ini. desisnya..
"shia.. oke.. shia cuma rindu mama.. shia.. sayang mama.. shia rindu masakan mama.. telur masak tomato.. tempe sambal.. shia rindu mama ikatkan rambut shia sebelum ke sekolah.. shia rindu mama buatkan bekal sosej sambal untuk shia.. shia mahu mama.. shia nak tidur dengan mama.. shia nak peluk mama.."
kata shia sambil teresak-esak..

"shia minta maaf, shia tak patutnya menangis macam ne.. shia patut doakan mama di sana.. shia nak mama tenang.. shia nak mama tau shia sanggup buat apa saja demi kesejahteraan mama di sana.." mama..

abangnya pantas mengambil seruling kayu di atas meja solak shia.. "ini seruling mama kan?"
shia menganguk..
seruling itu mengalunkan irama lullaby yang mama selalu nyanyikan untuk shia. tanpa sedar, yang abang Idraki dibelakang memerhati, menyanyi mengikut alunan seruling yang ditiup Raqilla.

sayang.. tidur dipangkuan ku..
aku menemani mu..
aku menjaga mu..
sayang.. tidur dipangkuan ku..
jangan menangis, hati ku susah..
jangan berjaga, hati ku risau..

air mata ferdoushia gagal ditahan.

sayang.. tidur dipangkuan ku..
jangan kau takut.. aku ibu mu..
jangan kau resah.. aku disisi mu..
sayang,
lena lah bersama ku..
bermimpi la bersama ku..
aku disini mendekatkan syurga mu..

agaknya ubat tidurnya malam ini adalah air mata kerinduan..Firas menyelimuti Ferdoushia dengan baby blanket..

sayang.. tidur dipangkuan ku..
aku menemani mu..
aku menjaga mu..
sayang.. tidur dipangkuan ku..
jangan menangis, hati ku susah..
jangan berjaga, hati ku risau..

"mama.. shia sayang mama..'' empat pasang mata melihat sayu pada tubuh yang tidur itu. lampu siling di tutup, lalu lampu tidur, malap berwarna kuning di pasang.. 4 kucupan di pipi untuk si cahaya kesayangan mereka itu.

No comments:

Post a Comment

tulisan jawi rumi abc dan alif ba ta adalah milik cureheart