About Me

My photo
kadang-kadang prosopagnosia.

Friday 4 October 2013

#random12



"lepas ne ada nak pergi mana-mana lagi tak?"

"xde, semua barang-barang dah beli."

"biskut-biskut? 3 in 2 milo dah?"

"kan dah beli tadi, ne masih lagi dekat depan parking Giant. baru je kejap tadi pergi beli. haih.. dah lupa? muda-muda dah nyanyuk. dah jom balik, saya lapar."

"hahaha! sorry la.. banyak sangat barang awak beli, sampai trolley tu penuh dengan barang-barang awak."

"banyak la sangat. padahal awak pun sama beli heater, selimut segala.. kalah mak mak tau?"

Adhwa hanya mampu tersengih.

"dah, jom gerak, saya malas balik lambat ne. tapi singgah dekat burger simpang sekolah ye, saya nak beli. "

"eh, untuk dinner ke?"

"aah." jawab ferdoushia sambil melihat bag packnya.

"tu je ke awak makan untuk dinner? cukup?"

"cukupla.. nanti saya bungkus 3, awak 1 saya 2. oke?"

"amboi, kalah anak buaya awak ni. hahaha!" pantas ferdoushia memukul Adhwa dengan plastik Guardian di tangannya.

"tau kutuk orang je kan awak ne, cepatlah angkat. nak balik." rungut Ferdoushia.

4 plastik besar cop Giant itu di angkat masuk ke dalam bonet.

You would not believe your eyes
If ten million fireflies
Lit up the world as I fell asleep

saat Adhwa baru sahaja mahu menghidupkan enjin, handphone di dashboard kereta berbunyi..

fireflies? macam lagu abang Yumni. Ferdoushia tersenyum sendiri.

"waalaikumsalam mi, ya. Adhwa baru lepas beli barang dengan Ferdoushia. apa? kakak datang? dinner? tapi mi.. alaa.. hm.. oke mi.."

"kenapa?" Ferdoushia bertanya..

macam ada masalah negara kalah masalah pembentungan di sekolah. hhihi.. ferdoushia tertawa sendiri lagi.

"awak.. kita balik rumah saya boleh?"

hah? ferdoushia! ini bukan masalah pembentungan, ini masalah sekolah nak di robohkan. masalah besar! rasa seperti ada hailer di telinga Ferdoushia, tetapi suara dari hailer itu cuma dia yang mampu mendengar.

"err? untuk apa?"

"mummy saya ajak dinner. ada family gathering sikit." jawab Adhwa ragu-ragu.

"er.. boleh tak awak hantar saya dulu?" Ferdoushia menggaru rambutnya yang beralaskan tudung itu.

"bukan tak nak hantar, tapi on the way nak balik asrama kita, kena lalu rumah saya dulu. kalau saya hantar awak dulu, saya kena patah balik. boleh tak? its just dinner."

"Adhwa.. saya segan.. kalau macam tu takpe, saya naik taxi je pun boleh. tak nak ganggu your family dinner."

"eh, x ganggu, mummy saya dah keluarkan arahan mandatori, awak kena ikut juga. kalau saya balik rumah tak bawak awak, nanti mummy saya marah saya. please."

pulak dah..

"please shia.." rayu Adhwa sambil buat muka kesian.

"hm.. oke.. tapi lepas dinner terus balik tau. sepatutnya lepas kita beli barang tadi, awak kata kita terus balik. ne melencong pulak."

"maaf la shia, madame besar tiba-tiba call."

"boleh kan?"

angguk ferdoushia.

Adhwa hidupkan enjin kereta lalu meluncur di atas jalan raya menuju ke rumahnya.

"awak jangan risau.. family saya sporting, happening. awak jangan malu-malu.. kakak-kakak saya kebetulan semua balik. abang saya pun tengah bercuti sekarang. cuti semester. semua ada di rumah. kita terus solat maghrib di rumah saya je, nanti awak pinjam telekung kakak saya."

gulp!

"awak ada berapa kakak?"

"tiga orang.. semua kakak saya dah kawin. yang sulung, ada 3 anak. yang kedua, ada dua anak. dan yang ketiga tu baru kawin bulan lepas."

"owh.. "

"jangan risau, macam saya cakap tadi, family saya sporting. jadi, relax okey. jangan muka kencang. risau saya bila ada urat muncul di dahi awak. saya terus rasa bersalah."

"eh, tak la.. saya cuma segan.."

ferdoushia, awak yang cakap oke tadi kan, so chill la. Hailer besar tiba-tiba berbunyi di telinganya lagi.

*****

"umi.. pak ngah bawak mak ngah balik!"

mak ngah? aku ke? Mohammad Adhwa Rizqi! ne bukan happening, ini awal-awal dah mencekik, lama-lama membunuh!

No comments:

Post a Comment

tulisan jawi rumi abc dan alif ba ta adalah milik cureheart