About Me

My photo
kadang-kadang prosopagnosia.

Friday 4 October 2013

#random10



"shia pakai sarung?"
"yes, why abang? anything wrong?"
"no, tak ada salah pun."
"then?"
"bila pakai sarung, and abang tengok dari belakang, you are just like arwah ma. i thought you're ma just now. except for the pony tail of course."
"abang.. im sorry. shia nampak kain sarung ne dalam almari mama. shia mula-mula nak try je, tapi bila dah pakai rasa comfortable. more comfortable than short pants." ferdoushia tersenyum pada abangnya.
"pakailah.. abang tak kisah.."

pintu peti sejuk dua tingkat itu di buka. di capainya jus epal.

"nampak macam perempuan kampung kan bang?" soal Ferdoushia.

"tak, nampak macam perempuan yang sangat-sangat penyayang."

"and it is just because of this kain sarong, you said like that?"

"no, perempuan, jarang pakai kain sarung. selalu kan nampak ibu-ibu, nenek-nenek or even mak cik mak cik pakai kain sarung?"

jawab ferdoushia dengan anggukan.

"pernah tak, tengok, seorang anak, baring atas paha ibu yang pakai short pants?"

geleng ferdoushia pulak.

"kalau ada pun jarang sangat bang."

"yup, indeed. sangat jarang. when a women or more specifically a mother wear kain sarung, automatik rasa macam nak lay down atas paha ibu sendiri.. sebab apa? kain sarung tu boleh buat seorang anak comfortable. that is why, abang cakap shia nampak macam seorang yang penyanyang. u looks like you have that kind of aura shia.
nothing wrong with a girl wearing kain sarung, in fact, abang pun mencari girl macam tu. "

just like mum. like her Firas? admit it. detik hati Firas.

"tapi di mana bang? mustahil ada lagi zaman sekarang. kain sarung tak appropriate nak dipakai. lagi pun, nie bukan zaman jepun lagi. paling kampung pun, perempuan dia pakai track suit." ferdoushia tertawa.

Firas senyum sendiri. ada shia, dia gadis pemotong buah di kenduri cik Biah tadi siang, tapi malangnya abang tak tahu siapa. keluh hatinya pula.

"abang? mengelamun?" dilihatnya, abangnya itu seperti di pukau kerana muka blur yang ditunjukkan.

cepat-cepat Firas menukar topik. "Shia masak apa?"

"Shia tak masak apa-apa lauk bang, cuma panaskan kuah dal dan ayam kari dari kenduri cik Biah tadi petang. shia cuma masak nasi sahaja."

"owh.."

kuah dal cik Biah sentiasa tiada tandingan. datang lah ke gerai mamak sekali pun, kuah dal cik Biah sajalah yang berkenan di lidah 7 adik beradik itu.

"owh ya bang, tadi kan.. bukan cik Biah yang hantarkan. tapi cucu cik Biah."

"jadi?" soal Firas sambil lewa sambil menuang jus oren ke dalam gelasnya.

"akak Ardini yang hantarkan. shia pun baru kenal tadi waktu kenduri cik Biah,shia tolong dia potong buah untuk dihidangkan tadi. dan kak Ardini pakai kain sarung tau bang!"

Ardini? maksud namanya adalah si isteri yang menyayangi.. hati iras berkata.

gadis berkain sarung itu namanya Ardini wahai Firas! kata hatinya lagi.

aduhai hati, adakah statusnya juga seperti maksud namanya? jangan biarkan aku kusut dalam tidur malam ini Ardini!

No comments:

Post a Comment

tulisan jawi rumi abc dan alif ba ta adalah milik cureheart