About Me

My photo
kadang-kadang prosopagnosia.

Friday 4 October 2013

#random4



"ferdoushia, dia masuk islam."

gelas yang dipegangnya tiba-tiba menjadi licin jatuh ke lantai.

"islam?"

"dia kata, dia dah lama nak masuk islam. aku tak percaya. kalau dah lama nak masuk islam, kenapa x masuk dari dulu. dia kata ada halangan dari mummynya. sehuruf hijaiyah disebutnya, mummynya takkan bagi satu sen pun untuk further study." sambungnya lagi..

"Allah.. "

"dia nak tunggu leaps habis study, lepas tu dia akan masuk islam. tapi aku risau.."

"risau?"

"aku takut dia akan di pulau." dengan kerutan di dahi anaqah terserlah.

"islam tak pernah mengajar untuk memulaukan saudara baru. jangan berprasangka macam tu. kau patut doakan dia yang terbaik. diberikan kekuatan.

aku tahu.. aku percaya dengan dia". ferdoushia berdoa dalam jawapannya.

***

"kenapa nak jaga budak-budak ne? biar saya yang jaga mereka. lagipun, seharian penat kan?"

"xpa.. saya x kisah.. cuma saya bosan duduk tak buat apa-apa." ferdoushia membalas.

jam menunjukkan baru 2.15 pagi! untuk menunggu subuh ada 4 jam lagi, dia mahu buat apa? tidur? matanya masih bulat macam bulan malam ini! hati bercakap.

"saya lapar.." rungut ferdoushia.

"mahu saya masak? tapi maggie sajalah."

"xpa, biar saya masak." balas malasnya.

jalannya yang terjingkit akibat jatuh dalam gelap tadi menimbulkan rasa kasihan di hatinya.

"xpa.. saya masakkan.. saya pun lapar. biar saya masak untuk dua orang. saya terer masak tau x?"

"betul ke? kalau begitu, saya nak rasa macam mana lelaki masak maggie yang sedap. hahaha. terima kasih.." Ferdoushia tertawa riang.

"awak tahu?" tangannya likat mencapai peruk dan sebungkus maggie..

"tahu, kalau dirumah, masak guna air panas je tapi selalu abang marah kalau saya tak buang air maggie tu dan ganti dengan baru." pantas ferdoushia menjawab.

"bukan itu maksud saya, do you know that kaum Aad which is kaum Nabi Hud gets their retaliations from Allah in two phase because of their refusal to turn to Allah? peringkat pertama ialah kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun kaum Aad, sehingga menimbulkan kecemasan dan kegelisahan, kalau-kalau mereka tidak memperolehi hasil dari ladang-ladang dan kebun-kebunnya seperti biasanya.
dan kedua adalah..

"angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merosakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak..'' sambung ferdoushia.

itu bedtime story dari abangnya minggu lepas, mustahil ferdoushia tidak ingat! abangnya bercerita gara-gara dia tak dapat tidur pada malam itu. abangnya takut, tangannya gatal mencapai "Benzodiazepines smarties" pula.

"yeah, it was big disaster for them. one more thing, do you know that Nabi Ishak was Nabi Ibrahim's son with his wife names Sarah? while Nabi Ismail was Hajr son, handmaiden who received him as a present from King Namrud?"

tak.. saya tak tahu.. abang baru cerita pasal Nabi Hud. tapi.. Xavier? dengan kisah nabi?

"mahu saya tambah bawang dalam maggie awak?" matanya tunduk ke bawah sambil tangannya ligat mengupas merah besar untuk dimasukkan dalam maggie kari itu.

No comments:

Post a Comment

tulisan jawi rumi abc dan alif ba ta adalah milik cureheart