About Me

My photo
kadang-kadang prosopagnosia.

Friday 4 October 2013

#random15




bunyi sudu dan garpu di atas meja makan.. seramai 23 orang duduk menikmati sarapan pagi di meja panjang itu. seorang gadis masuk ke dining hall itu dengan muka yang tanpa ada perasaan.

"assalamualaikum and morning everyone." ada suara-suara kecil menjawab salam ferdoushia.

"waalaikumsalam and morning to my baby." jawab Firas mewakili abang-abangnya.

Ferdoushia senyum lantas mengambil pinggan dan meletakkan mee goreng ke atasnya, tangan kirinya suda memegang cawan berisi milo panas. memang kebiasaan Ferdoushia minum milo panas berbanding yang lain, mungkin tekaknya memang terbiasa dengan milo sejak dari kecil.

Ferdoushia berjalan menuju ke luar dining hall.

"Shia.." Aathif memanggil.

"yes abang?"

"come, lets breakfast with me."

"shia nak breakfast dekat luar, dah lama shia tak breakfast sambil hirup udara segar." jawab ferdoushia lembut, sama seperti Ferdoushia yang bersama arwah Adhwa dahulu.

"shia.. di luar tu sejuk.. marilah breakfast dengan abang." pujuk Idraki pula.
"abang, shia kan pakai sweater, jangan risau shia duduk bawah canopy ya."

ferdoushia cuba meyakinkan abang-abangnya dengan suara kanak-kanaknya. ferdoushia berlalu bersama mee goreng dan milo panasnya menuju ke luar dining hall, 23 pasang mata memerhati Ferdoushia keluar tanpa ada yang bersuara.

"ehm, Raqilla, Ferdoushia tidur ke semalam?" Yumni bertanya.

"tak.. shia tak tidur, she dont even take her medicine, i try to persuade her to take her pills but then she refuse it. dia cakap dia nak cuba tidur sendiri but end up she's fail. that is why, shia paling awal duduk dalam surau tadi." memandangkan semalam Raqilla bertugas menjaga Ferdoushia, maka Raqilla tahu bagaimana keadaan Ferdoushia semalam.

"hm.." angguk Yumni.

"Yumni, she works too hard, badan dia penat, otak dia penat, tapi dia tak boleh tidur. after she has been discharged from hospital, kita bawa dia kemari untuk tenangkan fikiran, tapi dia beriya-iya nak tolong uruskan budak-budak pelatih. dia cakap, bosan takda kerja." jawab Raqilla lagi.

"biar lah dia, mungkin itu caranya nak melupakan apa yang terjadi. abang Firas, rasa macam mana?" soal Yumni meminta pandangan Firas, abangnya yang dihormati itu.

"Mungkin ada baiknya dia tolong kita, sekurang-kurangnya shia tak macam dulu. tapi tolong awasi shia, abang takut nanti dia tiba-tiba jadi workaholic pula."

masing-masing angguk tanda persetujuan.

namun, pelatih-pelatih yang semeja bersama adik-beradik itu, terdiam mendengar perbincangan mereka. mungkin masih terkejut dengan kejadian ini, masing-masing masih cuba mencerna apa yang terjadi, mengapa dan bagaimana sebenarnya jalan cerita ini.

namun kunyahan Ahza terberhenti tatkala melihat Ferdoushia disebalik cermin dining hall itu. Ketekunan Ferdoushia membaca buku sambil menikmati sarapan paginya membuatkan hati Ahza digaru curiosity.

"Ferdoushia.. anehnya hati mu. kau bukan yang ku temui di taman minggu lepas, minggu lepas, kau hampir gila ku lihat. apa yang membuat mu jadi seperti ini? seperti tiada apa yang berlaku, tapi apa pula yang membuat mu gila sebelum ini? anehnya kamu ferdoushia. kamu tertelan air hujan mungkin sehingga bahan kimia yang ada pada air hujan itu merubah sistem badan mu. mungkin juga bahan kimia itu chlorine sehingga membersihkan sekali gus personality mu. hahaha! tapi kamu tetap comel dipandangan ku." Ahza cuba berjenaka dengan hatinya sendiri.

sementara di luar mata Ferdoushia galak membaca buku di tangannya, tetapi hatinya mengingati kata-kata lelaki itu, lelaki yang di temuinya minggu lepas di taman.

sehingga tadi pagi, ketika ferdoushia ingin me-recite semula al-Quran yang telah lama ditinggalkannya, dia terjumpa ayat seperti yang lelaki itu katakan padanya.

everyone, that Day will be the enemy to each other except for the righteous. [surah Az-Zukhruf]

No comments:

Post a Comment

tulisan jawi rumi abc dan alif ba ta adalah milik cureheart